Tuesday, 19 January 2016

Medical card company dah ada, perlu ke ambil medical card lagi?

Mungkin ramai daripada kita sudah memiliki medical card yang disediakan company tempat kita bekerja, tapi adakah medical card ini sahaja sudah mencukupi untuk hidup kita?
Beberapa persoalan yang perlu difikirkan untuk menjawab soalan ini adalah;

1) Adakah company akan terus menyambung kontrak kita sekiranya kita mempunyai penyakit terutamanya penyakit kritikal?

Jika kita mempunyai masalah buah pinggang yang memerlukan rawatan dailisis 3 kali seminggu dan setiap sesi mengambil masa 4 jam, kemungkinan besar company tidak akan lagi menyambung kontrak kita dan begitu juga perlindungan insurans kita. Kita bukan sahaja bakal hilang sumber pencarian, malah terbeban lagi dengan kos rawatan. Perlu diingat rawatan dailisis mengambil kos RM400 setiap sesi.
Adakah kita bersedia dengan keadaan ini?

2) Tahukah kita berapa limit coverage untuk medical card yang company tawarkan?

Rata rata company menawarkan pakej basic yang hanya mempunyai coverage yang rendah seperti RM20k/RM30k. Tahukah anda sekiranya anda menghidapi kanser, rawatan kimoterapi boleh mencecah sehingga RM200k dan kos rawatan ini bakal meningkat saban tahun.

3) Sekiranya selepas bersara atau selepas tukar kerja baru nak ambil medical card, tetapi sudah sakit, penyakit itu tidak lagi akan di cover dan lebih teruk lagi mungkin langsung tidak diterima untuk mengambil medical card yang baru.

No comments:

Post a Comment